Thursday 26 January 2012

Al-Ahnaf

Al-Ahnaf ialah seorang sahabat Nabi yang mulia. nama sebenar beliau ialah Al-Ahnaf bin Qais. beliau berasal dr bani tamim. beliau digelar sebagai "Abu Bahr". beliau mengalami kecacatan di kakinya.


beliau diumpamakan sebagai " lebih lemah lembut berbanding al-ahnaf (ahlam min al-ahnaf). betapa harumnya nama beliau..


pernah diriwayatkn:


"pada suatu hari, seorang lelaki telah mengutuk dan mengeji beliau..namun  Al-Ahnaf  terus berlalu dr situ tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata utk membalas kutukan dan penghinaan lelaki itu. beliau berlalu, seolah-olah, kejian dan makian itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..beliau meneruskan perjalanan wlaupun si lelaki yang mengutuknya tdi msih lagi meneruskan kutukan dan memaki beliau sambil mengikut setiap langkah al-ahnaf. namun, makian tersebut tidak mendatangkn apa2 kesan kepada  Al-Ahnaf , malah beliau semakin tenang dan tidak menghiraukan lelaki itu. apabila sudah menghampiri kediamannya,  Al-Ahnaf  telah berhenti. beliau melihat lelaki yang mengutuknya tadi lalu berkata," kalau masih ada apa2 yang kamu ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya di sini sebelum jiran2 mendengar kata-katamu itu dan mula menyakitimu."

melalui kisah ini, kita boleh menilai sendiri, betapa pemaaf nya insan yang bergelar Al-Ahnaf ini.



di dalam kisah yang lain pula,


seorang lelaki telah mengutuknya. Al-Ahnaf sekadar diam tanpa berkata apa2. lelaki itu bagaimanapun masih tidak berputus asa dengan misinya utk mengutuk dan menghina Al-Ahnaf sehingga tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf pun memandang lelaki tersebut dan berkata," ini dia makanan tengah hari kami. jom makan bersama kami."


beliau mempelawa lelaki tersebut makan dengan hati yang ikhlas. lelaki yang telah menghina Al-Ahnaf terus malu kerana usaha untuk menghina Al-Ahnaf tidak berjaya dan diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi..


begitulah akhlak Al-Ahnaf yang lemah- lembut, pemaaf, tidak berdendam dan berhikmah dalam setiap tindakan dalam menghadapi setiap situasi...


pengkongsian utk diri sndiri dan pembaca sekalian..semoga kita dapat menanam sifat mulia seperti Al-Ahnaf yang sentiasa memaafkn apa jua yang diperlakukan kepadanya..budi pekerti beliau adalah refleksi kepada akhlak Rasul junjungan kita..sama-sama kita berusaha utk berakhlak sepertimana yang telah disampaikan oleh baginda..
^_^

No comments:

Post a Comment