Thursday 26 January 2012

Al-Ahnaf

Al-Ahnaf ialah seorang sahabat Nabi yang mulia. nama sebenar beliau ialah Al-Ahnaf bin Qais. beliau berasal dr bani tamim. beliau digelar sebagai "Abu Bahr". beliau mengalami kecacatan di kakinya.


beliau diumpamakan sebagai " lebih lemah lembut berbanding al-ahnaf (ahlam min al-ahnaf). betapa harumnya nama beliau..


pernah diriwayatkn:


"pada suatu hari, seorang lelaki telah mengutuk dan mengeji beliau..namun  Al-Ahnaf  terus berlalu dr situ tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata utk membalas kutukan dan penghinaan lelaki itu. beliau berlalu, seolah-olah, kejian dan makian itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..beliau meneruskan perjalanan wlaupun si lelaki yang mengutuknya tdi msih lagi meneruskan kutukan dan memaki beliau sambil mengikut setiap langkah al-ahnaf. namun, makian tersebut tidak mendatangkn apa2 kesan kepada  Al-Ahnaf , malah beliau semakin tenang dan tidak menghiraukan lelaki itu. apabila sudah menghampiri kediamannya,  Al-Ahnaf  telah berhenti. beliau melihat lelaki yang mengutuknya tadi lalu berkata," kalau masih ada apa2 yang kamu ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya di sini sebelum jiran2 mendengar kata-katamu itu dan mula menyakitimu."

melalui kisah ini, kita boleh menilai sendiri, betapa pemaaf nya insan yang bergelar Al-Ahnaf ini.



di dalam kisah yang lain pula,


seorang lelaki telah mengutuknya. Al-Ahnaf sekadar diam tanpa berkata apa2. lelaki itu bagaimanapun masih tidak berputus asa dengan misinya utk mengutuk dan menghina Al-Ahnaf sehingga tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf pun memandang lelaki tersebut dan berkata," ini dia makanan tengah hari kami. jom makan bersama kami."


beliau mempelawa lelaki tersebut makan dengan hati yang ikhlas. lelaki yang telah menghina Al-Ahnaf terus malu kerana usaha untuk menghina Al-Ahnaf tidak berjaya dan diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi..


begitulah akhlak Al-Ahnaf yang lemah- lembut, pemaaf, tidak berdendam dan berhikmah dalam setiap tindakan dalam menghadapi setiap situasi...


pengkongsian utk diri sndiri dan pembaca sekalian..semoga kita dapat menanam sifat mulia seperti Al-Ahnaf yang sentiasa memaafkn apa jua yang diperlakukan kepadanya..budi pekerti beliau adalah refleksi kepada akhlak Rasul junjungan kita..sama-sama kita berusaha utk berakhlak sepertimana yang telah disampaikan oleh baginda..
^_^

Monday 23 January 2012

Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah!


~ble duk sndiri2, bce la iluvislam jap..lps tu jmpe la article ni..best sgt..ya ALLAH, betapa kerdilnya diriku ini~

Manusia makhluk paling istimewa yang Allah cipta. Tapi manusia makhluk yang paling suka 'buang'Allah
Sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. Tak ingat bukan? Biasalah, manusia itu insan dan insan itu sifatnya pelupa. Kalau begitu, mari kita sama-sama imbas kembali.
Ingat balik masa mula-mula kita lahir dulu. Allah bagi kita tengok dunia, keluar dari perut ibu kita dengan selamat. Ada kaki, ada tangan malah mata, mulut dan hidung kita tak terbalik kedudukannya, elok terletak di tempat yang sepatutnya. Cuba kira, berapa kali saja kita pernah rasa syukur dengan anugerah ini? Berapa kali saja kita pernah katakan, 'Ya Allah, terima kasih atas rupa yang cantik ini'?
Tanpa kita sedar, Allah bagi kita kejayaan sejak kita belum lahir lagi. Bayangkan, berjuta-juta sperma yang berebut-rebut nak jumpa dgn ovum, kita yang berjaya. Ya, kita hina.  Kita ini asalnya sperma saja, tapi kita sperma yang sombong. Pernah kita rasa bersyukur atas kejayaan besar ini?
Sejak sekolah rendah Allah bagi kejayaan. Tiba-tiba sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam peperiksaan, tidak lepas masuk university, apa kita buat? Kita marah Allah. 'Penat aku belajar, Allah bagi gagal pula!', kata kita. Kita terus tinggalkan segala ibadah kerana kononnya merajuk dengan Allah.
Itu kalau tak lepas. Cuba kalau lepas dan Berjaya, kita kata, 'Alhamdulillah, usaha saya banyak, memang patut dapat keputusan cemerlang begini'. Kita 'mention' nama Allah sekali saja, buat cukup syarat. Yang banyaknya kita 'mention' nama kita, usaha kita. Sekali lagi kita 'buang' Allah. Padahal sebelum dapat, beria-ria minta pada Allah.
Bila jalan-jalan, ketika dalam keadaan musafir, cuba tanya diri sendiri, aku jaga atau tidak solat aku? Padahal rukhsah yang Allah bagi pada musafir sangatlah banyak. Jamak, qasar. Tapi masih tidak ramai yang buat. Lebih banyak yang tinggalkan, tidak solat terus. 'Takpe, di rumah aku solat penuh', kata kita. Baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita 'buang' Allah sekali lagi.Baiklah. Cukup dengan sikap angkuh kita. Sekarang, cuba kita tukar watak.
Kita tinggal solat 5 waktu, kita kata solat itu penat, membuang masa. Apa Allah buat? Adakah Allah kata, 'penatlah jaga budak ini, tak payah jagalah, membuang masa saja'. Tidak! Allah masih jaga kita, lindung kita dari bahaya.
Kita marah Allah sebab tidak bagi apa yang kita mahu. Cuba kalau kita yang tidak bagi apa yang Allah mahu (tidak solat, tidak tutup aurat, etc), apa Allah buat? Allah masih lagi tahan langit supaya tidak jatuh pada kita, Allah masih lagi bekalkan oksigen supaya kita boleh bernafas, Allah masih lagi kawal perjalanan darah kita supaya kita mampu hidup. Berapa kali kita pernah berterima kasih padaNya?
Kita buat banyak sangat benda yang Allah larang, tapi Allah tidak pernah sesaat pun tinggalkan dan lupakan kita. Padahal, Allah dah nyatakan dalam Al Quran, yang kalau Dia mahu, bila-bila masa saja Dia boleh hapuskan kita.
"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].
Nak cipta kita sangatlah mudah bagi Allah. Padahal kita ini teramatlah 'complicated'. Cuba belajar biologi, bermacam-macam istilah yang ada dalam badan kita ini. Adakah kita fikir, untuk menghapuskan kita itu susah bagi Allah? Tidak susah sama sekali bukan?
Tapi, adakah Allah buat? Ketika kita abaikan perintah Allah, kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan kita pada saat itu juga. Tapi Allah yang sweet itu tak buat begitu. Allah sentiasa tunggu kita datang dekat Dia. Allah sentiasa rindukan suara kita memohon padaNya.
Jika kita sedar, sudah berjuta-juta peluang yang kita dapat dari Allah. Kalau orang bercinta, cukup sekadar memberi hingga peluang ketiga, jika masih diulang kesilapan yang sama, alamatnya Hai Hai Bye Bye lah. Tapi Allah, tidak akan pernah jemu untuk mmeberi peluang baru pada kita.
Allahkah yang memerlukan kita, atau kita yang memerlukan Allah?
"wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah..."

~Al-Quran sebagai Pembela~




                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

jom semua, kita baca dan hayati apa yang dikhabarkan olehNYA untuk kita ^_^ ibtisamah

~kisah teladan:mulianya baginda~


RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama MuhammadRasulullah s.a.w  melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w.  wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a. 

~cuti lagi~

disebabkan x balit cuti tk, kali tok nk post dlm bahasa ibundaku..hehe
mun x fhm, buat2 fhm jak k..
baru jak sehari cuti, tp ke'boring'an da tahap apa jak ka..
huhu...
tmbh gik duk sorg2 kt umah...hmmm nsb bait la ad junior yg sudi tmankan hari tuk..
mun x, msti sorg2 gik..
ptg tdik rsa nk mkn tomyam kt BBB..tp bla g, tutup...kecewa rsa ati..huhu
last2 balit rmh sewa, msak la ap yg ad jak..sayu ati..
org lain suma rindok ati coz dpt balit kampung msing2..
ada juak yg msh nyk kbr org yg x balit tuk...terharu dan terkedu seketika..haha
walaupun x balit, tp x hal, yang penting family ttp dihati..
x kisah juak sbb bln 3 tuk dpt balit bh..tket pun da cnfirm..hehe
dlm rindok ati nk balit, sdih juak rsa coz x dpt nk jmpa senior2 yg konvo..huhu
entah bila la kta dpt jmpa gik..senior2 yg ngajar sbh srwak, x hal ilak coz bleh jmpa kt airport..
yg posting smnnjung jak, trus susa nk jmpa..
hmm..apapun, mua ada rezeki, kta jmpa gik...
tba-tba jak rasa .....................
rndu ilak ngan amani..geram ngga telatah nya waktu cdak mlh video call dr rmh..
huhu..
apapun, sabar menanti..^_^ smile owez