Thursday 1 December 2011

~tips menerima sesuatu dengan redha~


Panduan  untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredhaan. 
tips 1: Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
merujuk kepada rukun iman yang pertama, kita beriman kepada Allah, dimana salah satu drpdnya ialah: Allah tetap memberikan  nikmat di dunia kepada semua makhluk-NYA. oleh itu, apabila kita mendapat nikmat yang diberikan tersebut, kita hendaklah bersyukur dan menghargai sesuatu nikmat itu supaya kita sentiasa ingat akan ALLAH yang maha berkuasa dan maha pemberi rezeki 
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Naml, ayat 20) .
bersyukur ini bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
tips 2: Musibah Menghapuskan Dosa
terimalah sesuatu musibah itu dengan positif. ia akan menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)
tips 3: Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan redha dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
tips 4: Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata bagi setiap orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoalah dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam setiap keadaan.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. contohnya dalam peristiwa: Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
tips 5: Membaca al-Quran
sabda baginda Rasulullah S.A.W.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.