Wednesday 28 September 2011

~setulus cintamu mujahid~



SETULUS CINTAMU MUJAHID

“Ummi, siapa walid saya?” Tanya si kecil.
“Walidmu seorang pejuang nak….” Jawab si ibu.
“Di mana walid?” soal si kecil lagi.
“Di jalan Allah nak,” jawab si ibu ringkas.
“Bila saya boleh berjumpa walid, ummi?”
“Sabarlah saying, suatu hari nanti pasti kan kau akan bertemu dengan walidmu.”

* * * * *

Kehidupan sebagai pelarian di Genting Gaza cukup meruncingkan. Hidup tidak ubah seperti seekor ayam kampung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu pun kalau ada rezeki untuk dikais.

Tambahan pula kehidupan sebagai seorang ibu tunggal seperti Jannah. Jannah terpaksa menyara anaknya Mujahid yang masih kecil. Untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang diberkati ini, dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km dengan melalui 7 pos kawalan tentera Israel untuk menjual rotinya di pasar Gaza. Pelbagai cemuhan dan cacian yang diterima setiap kali melalui pos-pos kawalan tentera Israel itu.

Begitulah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Jannah setiap hari. Baginya, segala cacian tentera zionis itu sudah tidak terkesan lagi dalam hatinya. Dia bertawakal kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah sahaja yang layak ditakuti dan Dialah yang menentukan buruk baik kehidupan hamba-hambaNya.

Namun hatinya sering kali terguris dengan soalan yang bertalu-talu daripada mulut anaknya, Mujahid sering kali bertanya tentang ayahnya yang tidak pernah dikenalinya. Suami Jannah, Solahuddin telah ditahan oleh tentera Israel 8 tahun yang lalu kerana disyaki terlibat dengan gerakan militant serta serangan terhadap rakyat Israel. Suami tercinta itu ditangkap ketika Jannah masih mengandungkan Mujahid.

Sehingga saat ini, tiada khabar berita tentang Solahuddin. Masih hidup lagikah dia? Atau sebaliknya? Jannah hanya pasrah kepada Allah. Dia sering berdoa, andai suaminya masih hidup, kembalikanlah dia ke pangkuan keluarganya. Jannah redha andai suaminya telah mati. Baginya, kematian tersebut adalah syahid di jalan Allah.

* * * * *

10 tahun telah berlalu. Kini Mujahid telahpun meningkat dewasa. Mujahid kini menuntut di Sekolah Tinggi Ramallah, sebuah sekolah yang tidak ubah keadaannya seperti penjara. Namun, perkara ini tidak pernah menghalang Mujahid untuk menuntut ilmu. Di dalam benaknya, penduduk Israel laknatullah di bumi Palestin ini mesti dihentikan dan dihapuskan. Pembebasan adalah di tangan umat Islam seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah.

Hari itu, seperti biasa, Jannah keluar ke pasar Gaza membawa roti untuk diniagakan. Akan tetapi nasibnya pada hari itu tidak sebaik hari-hari sebelumnya. Rotinya tidak laku. Pasar Gaza lengang. Jannah cepat-cepat mengemaskan barangnya. Dia pulang seawall jam 12.00 tengahari. Dari kejauhan Jannah terlihat segerombolan tentera Israel yang lengkap bersenjata dan diiringi 2 buah kereta kebal berkumpul di pos kawalan pertama. Jannah gelisah. Hatinya tidak putus2 berdoa agar Allah menjauhkannya daripada perkara buruk. Akan tetapi Allah ingin menguji setiap hambaNya yang beriman. Ketika melalui pos kawalan pertama, tentera laknatullah itu telah memaksa Jannah menanggalkan pakaian kerana disyaki membawa bom.

Jannah enggan. Jannah lebih sanggup mati daripada berbogel. Keengganan Jannah telah meniupkan api kemarahan tentera-tentera Israel Laknatullah.

“Celaka engkau musuh Islam! Jika engkau bunuh aku sehingga hancur lunyai sekalipun, aku takkan tunduk kepada perintahmu. Kamu semua binatang!” Kata2 Jannah itu telah menambahkan lagi api kemarahan para tentera Israel. Perut Jannah disepak sekuat hati. Dihentaknya badan Jannah bertubi-tubi. Tidak cukup dengan itu, bajunya disentap ganas. Jannah yang sudah tidak berdaya hanya mampu menyerah. Kalimah Allah tidak putus2 terpancul daripada mulutnya. Pandangannya kabur. Kepalanya terasa berat. Tentera2 Israel Laknatullah mentertawakannya. Seolah2 belum puas menzalimi tubuh yang lemah itu.

Tembakan bertubi2 dilepaskan kea rah kaki Jannah. Kaki kirinya hancur. Jannah dalam keadaan separuh sedar. Dia hanya mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas merasa puas, tentera2 itu berlalu meninggalkan pos tersebut dan Jannah yang terbujur kaku.

“Mujahid, ada khabar buruk untuk anta, Anta haruslah menerima dengan sabar kerana setiap ujian Allah itu ada hikmahnya,” ujar Fuad tenang.

Mujahid cemas. Berdebar-debar jantungnya menerima khabar daripada Fuad, rakan sekampungnya itu.

“Ummimu terlantar di hospital Ramallah.” Jelas Fuad. Ibarat halilintar membelah bumi, jantungnya berdegup kencang bagai mahu tercabut dari tempatnya. Akan tetapi dikuatkan semangat agar tidak rebah. Segala kekuatan dikumpulkan kembali. Mujahid mempercepatkan langkah. Dia mahu segera menemui ummi tercinta.

Tatkala sampai di hadapan umminya, dalam keadaan tidak sedar air matanya menitis. Mujahid sebak melihat kaki umminya yang kudung sebelah. Darah mudanya menggelegak. Pantas hatinya apabila diberitahu perkara sebenar yang menimpa umminya sehingga berkeadaan begitu. Namun, segera Mujahid beristighfar.

“Ummi, bersabarlah. Mujahid pasti akan menuntut bela atas kekejaman ini. Demi Allah, dengarlah ummi, Mujahid bersumpah untuk menyerahkan segala jiwa dan raga kepada Allah demi menghapuskan zionis laknatullah!!!”
* * * * *

“Benar anta mahu berhenti, Mujahid?” soal Fuad, bimbang akan pelajaran rakan karibnya itu.

“Ana sudah fikirkan semasak-masaknya. Anta jangan bimbang. Ana tahu jaga diri ana.” Jawab Mujahid bersungguh-sungguh.

“Ke mana arah tuju anta selepas ini?”

“Ana bercadang untuk menyertai perjuangan bersenjata Hamas. Ana mahu mnyertai skuad pengebom berani mati. Ana mahu mati syahid.”

Fuad tercengang. Dalam diam, dia mengagumi semangat tinggi sahabatnya itu.

“Pergilah Mujahid. Semoga anta mendapat apa yang anta hajati itu. Teruskan jihad di jalan Allah!” Fuad telah menambah semangat Mujahid yang sememangnya telah lama berkobar-kobar.

“Terima kasih sahabatku, antalah sahabat ana dunia akhirat.” Balas Mujahid sambil memeluk erat sahabatnya.

Kini 3 tahun sudah berlalu. Jannah telahpun sedar. Mujahid telah pergi untuk mempertahankan bumi Palestin yang diberkati ini. Mujahid telah mengamanahkan Fuad untuk menjaga umminya. Jannah sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengan anak kesayangannya, Mujahid.

Mujahid kini telah menjadi seorang pejuang yang digeruni Israel. Kedudukannya sebagai jeneral kanan briged Izuddin Al-Qasam cawangan Raffah, salah satu cawangan pasukan pejuang berani mati Hamas menjadikan dia seringkali diburu Israel. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat Mujahid untuk terus berjuang di jalan Allah.

Hari ini, Mujahid bersama pasukannya seramai 12 orang akan melakukan operasi serangan berani mati di Baitul Maqdis. Turut serta dalam pasukannya adalah 5 orang gadis yang akan menyamar sebagai pelacur Israel laknatullah dan telah bersedia untuk mati di jalan Allah. Mujahid tahu bahawa tentera Israel akan bertukar-tukar pelacur setiap minggu.

Seperti yang diduga, kehadiran gadis-gadis pejuang itu hanyalah sebagai pelacur yang akan menjadi santapannya seperti biasa. Tetapi tidak lama kemudia, terdengar letupan yang kuat dari dalam kem. Tentera Israel yang nyata tidak bersedia menjadi kelam-kabut. Mujahid dan rakan-rakannya mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan. Serangan itu ternyata begitu mengejutkan tentera zionis di situ.

Setengah jam kemudian, bunyi tembakan berhenti. Operasi pada hari itu tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Mujahid. 28 tentera Israel terbunuh dalam peperangan tersebut. 2 orang gadis pejuang yang ditugaskan membawa bom di badan juga turut terbunuh. Mereka akhirnya mati sebagai syuhada’.

* * * * *

Mujahid tersenyum membaca akhbar yang melaporkan serangan yang dilakukan. Tidak tercambah walau sekelumit rasa takut pun di hatinya apabila membaca ugutan yang diberikan oleh ketua angkatan tentera Israel, Shahron.

Selepas melakukan solat sunat hajat, Mujahid segera bersiap untuk ke kem pelarian Khan Younis. Rindunya kepada Jannah, umminya membuak-buak. Mujahid berharap agar kehadirannya hari ini dapat mengubat rindunya yang kian marak itu. Dia berdoa agar perjalanan ini selamat. Dia merasakan inilah kali terakhir dia akan menemui umminya.

Namun, nasibnya tidak begitu baik. Ketika menghampiri pintu masuk kem pelarian Khan Younis, Mujahid ternampak beberapa orang tentera Israel Laknatullah berkawal ketat, lengkap bersenjata. Mujahid mati akal. Jika dia berhenti, pasti dia akan ditembak.

Mujahid nekad. Dengan laungan takbir, “Allahu Akbar!” Mujahid menekan pedal minyak keretanya sekuat hati. Mujahid menasarkan keretanya kea rah seorang tentera yang sedang berdiri di hadapan pagar masuk kem. Belum sempat keretanya merempuh tentera itu sebutir peluru singgah menembusi dada kiri Mujahid. Mujahid melaungkan takbir. Keretanya terus memecut lalu merempuh tentera yang menembaknya. Askar itu tercampak.

Tentera yang berkawal di hadapan pagar kem tersebut terus berlari mengejar Mujahid. Dalam kesakitan, Mujahid keluar dari keretanya dan berlari kea rah sebuah khemah perlarian. Dia sempat mencapai bom yang biasa digunakan oleh pejuang berani mati yang terdapat di dalam keretanya. Belum sempat dia memasuki khemah tersebut, sebutir peluru lagi menjamah belakang tubuhnya. Kali ini dia benar2 parah. Dalam kekaburan, Mujahid terasa tubuhnya ditarik oleh seorang wanita di dalam khemah tersebut.

“Mujahid, anakku. Bangunlah nak….” Rintih satu suara yang sayu. Mujahid sangat mengenali suara itu. Dia menggagahkan dirinya untuk membuka mata.

“Ummi….ummi….Alhamdulillah, dapat juga Mujahid berjumpa ummi,” Mujahid berkata dengan nada yang tersekat-sekat.

“Um…ummi… si….siapa… walid sa…ya?” Tanya Mujahid gagah.

“Walidmu seorang pejuang nak.”

“Di…ma…na…. walid?”

“Di jalan Allah nak.”

“B…bila saya boleh ber…ber…jum…jum…pa walid?”

“Sabarlah anakku… kerana sebentar lagi kau akan bertemu walidmu.”

Selepas melafazkan kalimah suci, Mujahid menutup matanya untuk menyahut panggilan syahid.

“Bersemadilah dengan aman anakku…dan sampaikan salamku dengan walidmu,” ucap Jannah tenang. Di sisinya masih utuh bom yang dibawa oleh Mujahid. Sefozen tentera Zionis Laknatullah telah mengepung khemah itu dan sudah bersedia untuk masuk.

Ketika mereka melangkah masuk, kedengaran takbir seorang wanita dan disusuli letupan yang menggemparkan. Itulah suara seorang wanita yang akhirnya syahid di sisi anak tercinta.

* * * * *

P/s: Sedarilah sahabatku, jangan hentikan perjuangan. Kuatkan semangatmu untuk kembalikan kemerdekaan Islam. Kembalikan Masjidil Aqsa kepada ummat Islam. Jangan mengalah! Jangan lemah! Tekad dalam hatimu,

“Labbaika ya Aqsa! Labbaika ya Aqsa dengan darahku!” jika engkau inginkan kemerdekaan sahabat kita yang masih hidup di sana. Jika benar kasih-sayangmu terhadap mereka adalah tulus dan suci. Jangan biarkan Allah campakkan perasaan ‘wahn’ dalam hati kita. Jangan biarkan dirimu gentar dengan peluru2 Dajjal yang bertopengkan manusia itu.

Jangan berhenti setakat disini. Kita kaderkan orang-orang yang masih ada disini. Jika kamu kuat semangat untuk ke sana, persiapkanlah dirimu. Persiapkanlah wahai pejuang Allah!

Bersabarlah di jalan Allah. Tekadkanlah hatimu untuk menjadi mujahid-mujahidah yang mencari syahid. Mungkin ada yang lebih mahu mengkaderkan yang disini. Sungguh, ia adalah suatu perjuangan juga. Tiada halangan untukmu.

Sentiasalah kita berdoa agar Islam gemilang di hadapan kita. Mungkin tidak sepenuhnya, tapi generasi yang akan kita tinggalkan kelak perlu sudah ramai yang menggenggam Islam bagai bara api dalam hati dan tangan mereka.

Insya’Allah! Takbir!

ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!

minggu yang agak 'menghiburkan' ku

hmm....minggu ni, rse mcm ltih sgt...tp sbg pljr, smua ni perlu ditempuhi...
byk pahit getir , suka n duka yg berlaku...huhu...
dgn mslh keje yg byk n plus lg ngan mslh *****....pening2x...
nsb bek ad shbt2 baik yg sntiasa bg motivasi...x krg gak ad yg menyakitkan hati...huhu..
walau ape pun, kne la sbr...
skrg ni rse lega la ckit cz asgnment hnya ad 1 je lg nk hntar...alhamdulillah..
rsenya, ckup dlu luahan hati kali ni...len kali cter lg...hehehe...

Saturday 10 September 2011

~jom rehat sebentar bersama cerpen ni~

pagi tadi check email yg byk tu, then terbaca satu cerpen yg seorg shbt bg dlu...cter yg sgt menyentuh kalbuku...ni nk kongsi kt antum...hayatilah cerpen ni ye...



Maaf, ana dah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
............ ......... ......... .........
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "
"Ya Allah, tenangnya... "
"Moga Allah memberkatinya. ..."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.Dalam sedar tidak sedar...Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu."Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian..."Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.""Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan."Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'."Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik.""Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu."Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
************ ********* ********* ********* *******
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.. Semoga kita beroleh keinsafan dari kisah ini.

eidul fitri at hometown

tanggal 30 ogos 2011, smua muslimin dan muslimat telah merayakan hari kemenangan iaitu eidul fitri...
kami sekeluarga pun trut sma meraikan hri ni...lps je announce tarikh hri raya, kami trus je siap2 rmh nkms ap yg patut...slps smua keje da siap, bru ku sdr rupa-rupanya, baju ryaku n kakakku lg blum digosok dek krana kteorg bz wat kek lapis..slps gosok baju, trus je mulakan keje sprti biasa iaitu assignment yang banyak..
kali ni kne wat awl ckit cz ad cousinku nk kwen..
kami sekeluarga hnya g beraya pd raya pertama je..sprti biasa jalan kt rmh atuk n sdara2 dkt je..esok msti da bz tolong kt rmh cousin tu memandangkan rmh die kt sblh rmhku je...huhu
mlm tu plak, da start bz siapkn cenderahati' utk tetamu..balik rmh pun da kul 12 malam...rse mcm cinderella plak..hehe..
tema hri rya thun ni coklat...
x byk gambar yang dpt ku muatkan dalam post ni...ad la ckit
nilah ragam kami mse rya...
ragam kami di pagi raya sblum g beraya....dr kiri dekman, ijam, our daddy, unknown, n ayu

3 puteri dlm keluargaku....

ops, tbe2 ad dak kcik kt tpi tu...ni lah alya maisarah...tetamu 24 jam kt rmh kami

nilah family ku...yang comil tu, alisha amani...best rya kali ni cz smua dpt balik kmpung :-)

practise make perfect..haha..apepun, syg amani...

kenangan bersama sebahagian dr familyku di pagi raya..ni x ckup lg ahli ni...huhu
bestnye...finally dpt gak familyku berkumpul di pagi rya...slalu msti x ckup terutama sekali abgku yg keje kt putrajaya tu x balik cz x dpt cuti..alhamdulillah, rya kali ni, die dapat gak cuti..so, bleh la dpt duit rye dr die..haha...gurau je, bleh la kami b'kmpul sume...

~Home Sweet Home~

excited nye rse bila selamat tiba di lapangan terbang sibu pd jam 1.45 petang...smpy je sne, tgok ad prubahan kt airport tu...da smkin besar..tp dlm bz ngan brg2 yg banyak tu, tbe2 ad seseorg tegur dr belakang..
ingtkan spe tp ble ingat2 balik, adik junior mse sklh dlu yg tgur.sperti biasa, mslhku adlh x ingt nma..slps borak2 parent pun smpy utk jmput anaknya yg da slmt smpy srwak ni..terharu rse, dlm kepenatan berpuasa, snggup gak mrka dtg untuk menjemputku..
lps tu, kami trus bertolak balik ke rumah yg memakan masa 1jam 30 minit..smpai je kt rmh, trus tolong mak n kakak kms rmh n masak..
buka pose tu aku rse kekok ckit coz kt sne bkak pose awal..da siap msak n kms rmh, bru niat nk rlek2 jap, tp  bru je ltk kpla atas bntal, parent da panggil ajk bkak pose atau biasa dipanggil 'sungkei'.
mlm tu plak trus memulakan xtvt tahunanku utk wat kek lapis..walaupun pnt tp best. bknnye wat sorg2 tp ditemani oleh kakakku..
xtvt ni berulang gak pd mlm2 berikutnya...da lma x wat kuih rya, rse sronok lak walaupun lme nk tggu kt dpn kthar tu..