Friday, 26 October 2012

~PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM~



kita mengetahui tugas seorang guru Pendidikan Islam memang menyampaikan ilmu kepada anak muridnya .Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan , menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidakkah ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah? cbe kte hayati satu persatu peranan guru dibawah. inshaAllah, kita pasti akan menjadi guru yang berjaya di dunia dan akhirat....

Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar

~  guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim).
~ Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam     masyarakat  
Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.


Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah

guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.


Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan

Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.


Al-mu'addibmengajarkan adab dan budi pekerti

Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.
Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang.
Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4)

Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat.


Al-mudarrismenitipkan pelajaran dan kemahiran

Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai 




Friday, 20 July 2012

~ramadhan kareem~

selamat menyambut bulan ramadhan wat sume muslimin dan muslimat...
semoga di bulan yg mulia ni, kta sma2 dpt memperbaiki diri sbg seorng muslim yg sejati..
"bersama mentarbiyyah di bulan ini untuk terus memperjuangkan agama Islam"..
hope, usaha perubahan kita di bulan ini diberkati serta dapat diteruskan bg bulan yang mendatang...inshaAllah
^_^



Sunday, 3 June 2012

~exam~

exam....
da tbe plak..x tersedar da exam sbb bnyk sgt xtvt kt kampus..
da exam, nk kata study, x la stdy sgt..hehe
lbih2 lg mggu ke-2...
bnyk masalah yg berlaku kt diri sy..
kesedihan yang amat sangat dirasakan bila, saya kehilangan seorang sahabat yg sy rasa sgt fhm sy..
rse mcm lost sgt2 n x smpai hati nk tgok shbt tu..rsa mcm nk nangis je..
tension gler ble keadaan mcm ni..huhu
exam mggu ke-2 ni, mmg x fokus lgsung..inilh akibatnya ble sntiasa bnyk pk...
huhu...
siap migrain bagai..haha
tension sgt da tu..
hik3
apepun,~ peace n cool~

~praktikumku~

assalamualaikum...

da lama x update blog ni...sume sbb kesibukan yang melanda lately..
bnyk bnde nk cter..ok2, mulakan dengan cter praktikum..
sy praktikum di SKTR..praktikum kali ni sebulan je..
mula2 berdebar sesangat..maklumla, 1st time nk mengajar kt kls yg sbnr..
sy ajar thn 4 & 5...
overall, pengalaman ni sgt best..
bnyk bnde dpt bljr..
wktu hari last praktikum, sdih sgt coz ank2 murid ku x brapa nk fokus nk stdy sbb diorg dilanda kesedihan...huhu
comel sgt..
nk update gambar tp x jmpe plak save kt ne..nt la ye...
doakan la sy dpt wat yang terbaik pd praktikum yang akan datang...
^_^

Monday, 7 May 2012

menangis kerana takutkan ALLAH



 Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

 Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya)Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w.mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

~exam mode~


salam semua buat pembaca....
dh lma x update blog ni...maklumlh, khdpn sbgai student ni byk tanggungjawabnya...
bru hbs bina insan guru kt S.K Seliau, ad seminar plak...
lps bengkel profesionalisme, ad sukantara, kejohanan olahraga n seminar penilaian..
busy sgt2....
hmm...nk post ttg ap ye??haaaa.......


disebabkan exam semakin hmpir, sy ucapkan gud luck untk smua shbt2, senior2, adik2 juniorku...
stdy smart k..moga-moga kita sama2 beroleh kejayaan bkn sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat...
gud luck yea.....semoga setiap ilmu yang kta plajari dapat kita manfaatkan untk kebaikan bersama...